PUSAT SUMBER PEMBELAJARAN

MAKTAB RENDAH SAINS MARA (MRSM) LANGKAWI

ABOUT US image
SEJARAH AWAL PENUBUHAN PUSAT SUMBER PEMBELAJARAN (PSP) MRSM LANGKAWI
 
Pusat Sumber Pembelajaran (PSP) MRSM LANGKAWI sebagai Khutub Khanah peradaban bangsa dengan megahnya telah dibuka pada tahun 1999.
Terletak di tingkat atas bangunan pentadbiran dan sebagai medan pencarian ilmu oleh pelbagai lapisan termasuklah pelajar, guru-guru dan kakitangan. Pusat Sumber Pembelajaran (PSP) MRSM LANGKAWI sentiasa menyediakan peluang dan ruang yang selesa bagi memenuhi keinginan semua pihak agar kebanjiran ilmu serta maklumat mampu di kaut oleh semua warga Pusat Sumber Pembelajaran (PSP) MRSM LANGKAWI
Justuru itu pelbagai kemudahan yang telah disediakan antaranya ialah buku- buku, bahan rujukan, bilik binc​​​​ang, bilik tayang, dewan kuliah, komputer, majalah, serta ruang untuk berbincang. Disamping itu, PSP juga menyediakan alatan Audio Visual untuk kegunaan guru-guru dan kakitangan.
Segala kemudahan ini diharap mampu menjana minat dan kesungguhan dalam menjadikan kita masyarakat berilmu.dengan kesempatan ini juga kami pihak PSP mengalu-alukan kunjungan anda. Segala kerjasama amat dihargai



VISI

Visi Pusat Sumber Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA adalah :

“ Menjadi Pusat Sumber Pendidikan yang terbaik untuk menjana budaya ilmu dan pengetahuan bagi meralisasikan aspirasi MARA”

MISI

Misi Pusat Sumber Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA adalah:

  • Menyediakan koleksi bahan bercetak dan elektroik untuk pengguna
  • Menyediakan program kepustakawanan kepada pengguna.
  • Menggalakkan minat membaca dan mengakses maklumat
  • Menjadi pusat pembangunan dan pembinaan koleksi yang terbaik untuk memenuhi keperluan pengguna
  • Memberikan panduan dan khidmat nasihat kepada penguna dalam membimbing dan meningkatkan pengetahuan.

OBJEKTIF

Objektif  Pusat Sumber Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA adalah:

  • Menyediakan pelbagai kemudahan prasarana, perkhidmatan dan koleksi bahanbercetak dan elektronik.
  • Menjadi pusat pembangunan intelektual dan kecemerlangan serta melatih pengguna berkemahiran mendapatkan maklumat.
  • Menggalakan  tabiat belajar dan membaca di kalangan pengguna

PIAGAM PELANGGAN

 Piagam pelanggan  Pusat Sumber Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA adalah:

  • Memberikan perkhidmatan yan terbaik, cepat, tepat dan mesra kepada pengguna .
  • Menguruskan proses sirkulasi dalam masa 3 minit
  • Merancang dan melaksana aktivit-aktiviti yang bersesuaian untuk menggalakkan minat membaca kearah melahirkan pengguna yang berbudaya membaca dan bermaklumat.

MRSM LANGKAWI

“Never regard study as a duty but as an enviable opportunity to learn to know the liberating influence of beauty in the realm of the spirit for your own personal joy and to the profit of the community to which your later works belong.

~Albert Einstein

  • MRSM Langkawi
  • KM4 Jalan Ayer Hangat 07000 Kuah Pulau Langkawi Kedah Darul Aman
I BUILT MY SITE FOR FREE USING